Friday 9 March 2012

Kelebihan Surah YASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

 
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah          Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang
suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa
malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan
meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya
dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang
yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari
syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya
alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur
dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.


14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada
rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah
jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan
dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi
kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi
sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang
munafik.

No comments:

Post a Comment