Monday 15 August 2011

Proses Kejadian Makhluk Sebaik-Baik Kejadian....Manusia

Bayi Dalam Rahim
Kejadian manusia seperti mana yang diterangkan di dalam Al-Quran:
1. Nutfah
2. 'Alaqah
3. Mudghah
4. Izam
5. Lahm
6. Ruh



"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati atau berasal dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha suci Allah. Pencipta Yang Paling Baik"
(Al-Mukminun : 12 - 14)  


   Sebagaimana yang diterang dalam ayat diatas, kejadian manusia yang tidak dapat disangkal. Kekuasaan Allah S.W.T yang menciptakan hamba-hambaNya dengan tujuan beribadah kepadaNya. Kita sebagai hamba pernah kah kita tahu mengapa kita diciptakan diatas mukabumi Allah ini? 


1.Nutfah  adalah peringkat dimana percantuman telur dengan sperm atau percampuran air mani.

2. 'Alaqah adalah peringkat dimana air mani bertukar menjadi segumpal darah.

3. Mudghah adalah peringkat dimana Allah telah menjadikan darah  kepada segumpal daging.

4. Izham adalah peringkat Allah jadikan tulang temulang.

5. Lahm adalah peringkat dimana kemudiannya Allah balutkan tulang-temulang itu dengan daging.

6. Ruh adalah peringkat akhir dimana Allah akan tiupkan roh yang pada masa itu semua perjanjian dan Qada  dan Qadar seseorang itu termaktub. Ketika ini bayi berusia 4 bulan dalam kandungan dan pada masa ini bayi bergelar manusia kerana telah cukup sifat. 
  Selesailah kejadian makhluk bernama manusia...apa pula tangunggjawab manusia kepada Pencipta? Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Seperti firman Allah S.W.T. dibawah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya : Dan Aku (Allah) tidak menjadikan jin dan manusia itu kecuali supaya mereka beribadah (memperhambakan diri) kepadaKu.

   Setiap apa yang dijadikan pasti ada tujuannya. Allah S.W.T. tidak menjadikan sesuatu makhluk itu dengan sia-sia tanpa sebarang tujuan. Sesungguhnya manusia adalah semulia-mulia makhluk yang diciptakan. Penciptaannya itu sudah pasti mengandungi maksud atau tujuan yang tertentu. Al-Quran telah menyatakan bahawa penciptaan manusia itu adalah bertujuan beribadah kepada Allah S.W.T. Dimanakah kedudukan kita sekarang selayaknya.. Beribadahlah kamu kepada Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment